Saturday, 14 April 2012

Ampunilah Aku





Ya Allah.. 


Besar hikmah Mu disebalik apa yang kau jadikan..baruku sedar..melihat wajahku memakai telekung..terdetik dihati "beginilah wajahku disaat aku dikafankan"..Allahurabbi..

 Andai nafasku sampai disini..aku memohon kepadamu..kau ampunilah segala dosa-dosaku..ampunilah dosa kedua ibubapaku..aku takut..andai aku yang menarik ayahku ke neraka kelak..

Aku terlalu risaukan adik-adikku..aku takut mereka goyah menjalani usia muda mereka sehingga lalai pada tuntutan agama..

 Aku bersyukur kau kurniakan aku teman-teman yang selalu membuatkan aku tidak lalai pada tuntutan mu..

 Aku memohon padamu..kau bersihkan hatiku dari segala dendam dan hasat dengki..kau ampunilah dosa-dosaku dan saudara-saudaraku..kau jauhilah aku dari segala macam maksiat..

 Aku memohon pada mu Ya Allah kau jadikan aku, keluargaku, saudaraku sebagai penghuni syurga mu..Amin..


Friday, 13 April 2012

S.A.H.A.B.A.T


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”


Tuesday, 10 April 2012

Hello Hello (✿__✿)



Bismillahirahmanirrahim..
Aku masih baru dkat cnie..cuba-cuba meneroka dunia baru ini untuk dijadikan diari tidak rasmi ku..maybe dgn cara menulis aku dpat meluahkan sepenuh nye apa yang aku rasa..jauh sekali berbeza bila kita bercerita pada seseorang apa yang berlaku dlam hidup kita seharian..orang hanya mendengar, tp tidak memahami.. I just need some space, to clear my head, to think about my life..and thats whyI'm here..I just wrote about what I feel.. 

Most welcome to my unofficially diary (*_*)